Saturday, October 24, 2009

Percubaan

Apabila Selesai Ayat Pertama .... dipilih kerana ayat ini membawa makna setelah selesai ayat pertama, maka jari jemari ini akan terus menerus mengetik papan kunci menyusun ayat seterusnya. Memang betul seperti dikatakan orang, sukarnya untuk memulakan ayat pertama. Ayat pertama menjadi pelacak kepada pembikinan dan penyusunan ayat seterusnya. Tulis dan terus menulis apa yang berada di minda kita. Setelah tulis, baca dan terus membaca apa yang ditulis tadi dan membayangkan pendengar mengkritik tulisan kita. Kita rasa kurang selesa, lalu mengubah laras ayat, istilah dan menambah baik ayat-ayat tersebut. Begitu juga dengan fakta yang ditulis dengan ayat sendiri, digambarkan olahan tersebut kepada pemahaman sendiri. Jika sendiri tidak faham, jangan harap pembaca atau pelajar anda hendak faham. Kadang-kala saya cuba menguji pelajar dengan satu atau beberapa perenggan rencana yang baru saya tulis, bagaimana pemahaman mereka. Jika mereka juga tidak faham, bermakna pesanan yang anda nukilkan dalam rencana tersebut belum difahami, maka kita terus membaca dan menulis, menulis dan membaca ............ Ingat, selesaikan ayat pertama terlebih dahulu .......

No comments:

Post a Comment